berita

Mila Jirin Teringat Arwah Nenek Giling Inai, Suruh Semua Cucu Pakai Malam Raya

April 9th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin berkongsi mengenai persiapan yang dilakukan olehnya menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Artikel Berkaitan: Mila Jirin Buat ‘Comeback’ Selepas 8 Tahun Menyepi, Hadiah ‘Sandera’ Untuk Peminat

Persiapan lebih kepada anak

Menurut Mila, dia melakukan persiapan secara sederhana pada tahun ini. Lebih teruja, Mila berkata, mereka sekeluarga akan memakai busana yang warnanya paling ‘most wanted’ pada tahun ini iaitu Orange Brick.

Alhamdulillah persiapan sederhana sahaja bagi menyambut Syawal tahun ini. Kami akan pakai warna Orange Brick. Terjebak dengan warna viral. Kerisauan saya adalah saya tak pernah mengenakan tudung berwarna tersebut mahupun baju berwarna sedemikian. Semoga hari raya nanti ia menjadi warna yang kena dengan ton kulit saya

Sebagai seorang ibu juga, persiapan lebih kepada anak saya Arif Zikri yang baru berusia 7 tahun. Untuk saya dan suami hanya sepasang baju kurung dan baju melayu, selebihnya gunakan busana-busana yang masih elok di dalam simpanan. sebenarnya perkara yang sama kami lakukan setiap tahun.

Disoal mengenai jadual kerja menjelang Syawal, anak kelahiran Pulau Pinang ini mengakui bahawa dia sangat sibuk menguruskan perniagaan sempena beberapa majlis yang bakal diadakan selepas hari raya nanti.

Perniagaan saya Alhamdulillah menjelang Syawal ni agak sibuk kerana semua team sedang membuat persiapan bagi majlis yang bakal berlangsung di Bizmilla selepas raya nanti.

Alhamdulillah, tahun ini juga saya dan suami berkesempatan memberikan insentif duit raya berjumlah keseluruhan RM150 ribu kepada 200 pekerja warga negara Malaysia. Aktiviti tahunan ini amat ditunggu-tunggu oleh team Bizmilla dan saya bersyukur atas usaha kerjasama sebuah pasukan.

Bagi penglibatan dunia seni, sepanjang Ramadan dan Syawal ini jadual saya penuh dengan slot mempromosikan lagu baru Sandera. Alhamdulillah walaupun tidak dinafikan terkejar-kejar jadual saya dan agak mencabar dalam menyusun jadual kerja sebagai seorang ketua di dalam pengurusan Bizmilla dan juga sebagai anak seni, tetapi ianya adalah sesuatu yang membuatkan saya gembira kerana nyanyian adalah hobi saya. Bak kata suami ‘Busy is Good Sign’.

Pakai inai malam raya

OhBulan! sempat bertanya kepada Mila mengenai kenangan yang tidak boleh dilupakan semasa hari raya, pelantun suara ‘Persis Mutiara’ ini memberitahu dia teringat zaman remaja beraya di kampung.

Arwah nenek saya akan menggilling daun inai pada malam 27 dan akan membuat edaran di dalam daun pisang kepada semua cucu-cucunya di rumah (kerana kami semua tinggal berdekatan).

Keesokkan harinya, semua cucu-cucunya akan berkumpul di rumah nenek untuk menunjukkan hasil warna inai dan nenek kami akan berleter sekiranya ada yang tidak meletakkan bulatan inai di tapak tangan seperti gambaran sebuah bulan.

Ya Allah, menggamit kenangan sangat! Lagi satu kenangan indah adalah pusing satu kampung untuk kutip duit raya. Kami ada sasaran nak kutip berapa banyak duit raya masa tu. Waktu malam, saya dan sepupu akan kumpul dan mengira duit raya siapa paling banyak.

Waktu kecil, saya akan serahkan semua duit raya kepada ayah, kerana memang saya sejak kecil dah melihat kesusahan mak ayah dalam mencari rezeki dan saya telah latih diri untuk membantu mereka diawal usia walau hanya dengan duit raya yang dikongsi bersama-sama.

Di akhir temu bual, Mila mengucapkan selamat hari raya kepada semua peminatnya. Mila juga memberi pesanan kepada semua agar berhati-hati ketika memandu semasa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Ambil peluang ini untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita, insya-Allah.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×