berita

Mila Jirin Buat ‘Comeback’ Selepas 8 Tahun Menyepi, Hadiah ‘Sandera’ Untuk Peminat

March 11th, 2024 | by Amirul Asraf
OB Eksklusif

Setelah lapan tahun menyepi, penyanyi dan usahawan Mila Jirin akhirnya membuat ‘come back’ dalam industri seni.

Menerusi temu bual secara eksklusif bersama OhBulan!, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 37, berkongsi mengenai lagu barunya yang berjudul ‘Sandera’. Tahniah!

Artikel Berkaitan: 2024 Tahun Tuah Buat Amylea? Bakal Keluar Banyak Lagu Baru, Pilih Mila Jirin Bawa Lagu ‘Sandera’

Kembali aktif menyanyi

Menurut Mila, semuanya bermula apabila dia melakukan cover beberapa buah lagu di TikTok. Pada waktu itu juga, dia sudah berhasrat untuk kembali aktif menyanyi.

Dah lama betul saya tak menyanyi dan recording lagu. Mula-mula saya cover lagu Dawai dekat TikTok dan bagitahu dekat suami nak buat come back. Dia kata okay dan kami rancang nak cari material. Tiba-tiba bulan Disember tahun lalu, Amylea Whatsapp saya dan bagitahu ada lagu yang sesuai untuk saya.

Bulan Januari terus kami buat demo dan bulan lalu kami buat full recording. Siapa sangka, semalam saya dah lancarkan lagu tersebut di semua platform media sosial.

Tambah Mila, lagu ‘Sandera’ ini sangat sesuai dengan jiwanya apatah lagi, dia sudah lama mengimpikan lagu bergenre big ballad seperti ini.

Lagu ini kena dengan jiwa saya. Memang antara yang saya tunggu. Bagi saya ini big ballad dari segi emosi dan lirik dia. Saya suka lagu macam ini. Saya rasa seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Lagu ini tunjuk sisi kematangan saya dari segi pembawakan, emosi dan tone suara.

Saya duduk dan berbincang dengan Amylea masa awal-awal dapat lagu ini. Saya cuba relate dengan kisah seorang isteri yang sanggup korbankan segalanya untuk suami. Masa menyanyi saya cuba bercerita dan merintih.

Di samping itu, anak kelahiran Pulau Pinang ini turut meluahkan rasa syukur kerana hasratnya untuk bergiat aktif dipermudahkan oleh Allah.

Saya rasa bersyukur sangat. Masa Amylea tanya dan Whatsapp, saya kata biar betul? Sebab saya baru nak start gear satu, tiba-tiba terus gear lima. Perancangan Allah memang hebat.

Teringin nak buat ‘A Night with Mila Jirin’

Disoal sama ada pergi ke kelas vokal atau tidak, Mila secara ringkas menjawab dia tidak mengikuti mana-mana kelas vokal sebaliknya, hanya melakukan latihan sendiri di Dewan Bizmilla.

Sebenarnya saya bukan berhenti menyanyi sepenuhnya. Cuma tak masuk recroding saja.

Bercerita lebih lanjut, Mila mengakui dia perlu membahagikan masa selepas ini untuk kerjaya seni, keluarga, dan perniagaan.

InsyaAllah itu antara yang dibincangakan dengan suami sebab anak sekolah. Saya cuba bahagikan masa dari segi kerja saya sebagai pengurus syarikat, isteri, ibu dan juga penghibur.

Pelantun suara ‘Persis Mutiara’ ini turut meluahkan hasratnya yang terpendam selama ini. Jelas Mila, dia teringin untuk mengadakan sebuah majlis yang diberi nama ‘A Night with Mila Jirin’.

Saya dah lama nak buat majlis seperti itu. Tetapi lagu belum cukup. Saya nak ajak peminat makan malam sambil menyaksikan saya melakukan persembahan. Sekarang ini, saya kena fokus untuk mengeluarkan lebih banyak lagu. Saya juga teringin nak bekerjasama dengan Stacy, Akim dan rakan-rakan yang lain.

Walaupun tak aktif menyanyi, saya ikuti perkembangan mereka. Saya juga berhubung dengan beberapa orang komposer baru untuk dapatkan lagu.

Di akhir temu bual, Mila turut meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengan komposer terkenal iaitu Ajai.

Ajai merupakan komposer otai. Kalau tiada abang Ajai, tiada ‘Persis Mutiara’. Sebenarnya saya segan nak approach nama besar. Saya fikir banyak kali ada orang nak terima saya ke? Kalau abang Ajai bagi lagu dekat saya, saya nak.

Bagi pendapat saya, komposer di Malaysia ni mereka tahu penyanyi mana yang boleh bawa lagu mereka. Kalau ada rezeki untuk saya, Alhamdulillah. Saya nak juga pelbagai sentuhan dan variasi dalam muzik saya.

Sandera

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×