
Penyanyi, Mimi Fly meluahkan rasa syukur apabila rakyat Malaysia menghargai lagunya, Nara sehingga dipilih sebagai salah satu lagu persembahan sempena Hari Kebangsaan 2026.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Fly Jaga Hubungan Dengan Rakan Seindustri – ‘Artis Perlukan Artis, Hanya Mereka Yang Faham Apa Kita Lalui’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Perlukan Break Up Untuk Glow Up’ – Mimi Fly Akui Perpisahan Jadi Pemangkin ‘Comeback’
Lagu kebangsaan
View on Threads
Bagi pemilik nama Shamimi Amalina Norhisham, menghasilkan dan membawakan lagu tersebut bukan sekadar sebuah karya, sebaliknya merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas sebagai seorang anak seni.
Pengalaman melaksanakan ilham sebegini kekal segar dalam ingatan. Alhamdulillah syukur.
Apabila sesuatu karya tu sudah tiba masanya untuk disampaikan, sememangnya karyawan la yang diberi amanah untuk menjadi penyampainya.
Bagi Mimi, mesej yang terkandung dalam lagu Nara yang membawakan elemen semangat pahlawan harus disampaikan walau apa pun cabarannya.
Ia sangat magikal. Tiada apa yang lebih penting. Apa pun berlaku, karya itu harus dilaksanakan.
Terima kasih kerana membuka hati berdendang dengan karya ini.
Bangkit Nara. Akal jadikan senjata.
Terdahulu, seorang individu berkongsi video memaparkan lagu Nara dimainkan ketika sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 baru-baru ini.
Menurutnya, lagu rasmi Honor of Kings (HOK) itu membuktikan karya bertaraf antarabangsa terus menduduki tempat tertinggi.
Sumber: Threads








