Penyanyi, Mimi Fly mengakui bahawa suatu ketika dahulu dia terlalu bergantung pada hubungan percintaan sehingga menganggap membina kehidupan bersama seorang lelaki sebagai matlamat utama hidup.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bangga Dapat Wakil Malaysia Untuk ASEAN-Korea Music Festival, Peluang Tunjuk Bakat Di Pentas Serantau’ – Mimi Fly

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Fly ‘Reject’ Lelaki Malas – ‘Itu Red Flag Terbesar & Annoying’

Perlukan seseorang yang terima seadanya

@studiosembang

another great episode coming out soon! #jomsembang dengan @Mimifly esok, 10pm kat @YouTube @Spotify @Apple Podcasts k! #studiosembang

♬ original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

Menerusi perkongsian dalam audio siar Studio Sembang, Mimi atau nama lengkap Shamini Amalina Norhisham, 39, berkata pengalaman perit yang dilalui menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.

Situasi itu sekali gus mendorong dia untuk lebih menghargai diri sendiri dan mencari pasangan yang mampu menerima dirinya seadanya.

Dulu saya memang gilakan lelaki.

Kita sebagai wanita sebenarnya sangat berkuasa.

Secara semula jadi, kita rasa macam perlu membentuk dan membina seorang lelaki, seolah-olah itulah tujuan hidup kita.

Ya, saya seorang artis, tetapi saya juga mahukan pasangan hidup yang melihat saya seadanya, menerima saya seperti diri saya yang sebenar, dan memberi ruang untuk saya menjadi diri sendiri.

Sebab saya rasa tujuan hidup saya begitu besar dan sukar dicapai.

Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Serumpun’ itu berkata kegagalan dalam hubungan tersebut menjadi pemangkin kepada perubahan positif dalam hidupnya.

Tetapi sudah tentu hubungan itu tidak menjadi kerana perasaan itu tidak berbalas.

Namun, saya perlukan break up untuk glow up.

Ujar Mimi lagi, pengalaman itu turut memberi inspirasi kepada kemunculan semula kerjayanya menerusi lagu baharu yang dihasilkan selepas perpisahan tersebut.

Lagu comeback saya terhasil hasil daripada break up tersebut.

Jadi, terima kasih kepada break up itu.

Sumber: TikTok