Aktress Mimi Lana berkongsi tentang perkembangan terbaharu dirinya dengan memberitahu bahawa dia bakal melebarkan sayap ke Jakarta, Indonesia tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Kahwin Selepas Raya Aidilfitri
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle Akui Tak Terlepas Daripada Dugaan Menjelang Hari Bahagia – ‘Kalau Ada Dugaan Saya Tak Akan Kongsi’
Kali pertama bersama produksi Indonesia
Pemilik nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin ini memberitahu kepada OhBulan! bahawa dia sudah disunting oleh sebuah produksi filem Indonesia dan buat pertama kali dia akan beraksi di layar perak negara tersebut.
Bulan puasa ini insyaAllah saya akan ke Jakarta. Tapi kemungkinan akan ditangguh sampai selepas hari raya sebab jadual penggambaran belum dikeluarkan lagi.
Saya juga masih menunggu skrip, jadi untuk persiapan bagi penggambaran filem akan bermula di sana bersama team produksi.
Dalam pada itu, aktress jelita berusia 28 tahun ini juga berkongsikan tentang persiapan hari bahagia bersama aktor kacak Syafiq Kyle yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Dah tak banyak dah sikit-sikit sahaja lagi sebab persiapan perkahwinan kami tidaklah susah sangat. Tapi setakat ini prosesnya sedang berjalan lancar dan tiada masalah.
Mimi turut menjelaskan bahawa dirinya dan Syafiq memahami cara kerja masing-masing sebagai anak seni, dia berkata demikian ketika sesi fotografi kempen Media Prima Seindah Kasih, pada Isnin. Selain Mimi Lana, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Sasha Abedul dan Syafiq Kyle juga antara barisan duta Media Prima Seindah Kasih.
Syafiq seorang pelakon juga jadi dia sangat-sangat faham cara kerja saya walaupun kami sudah berumah tangga nanti.
Jangan lupa untuk saksikan filem Seindah Kasih The Movie yang turut dibintangi oleh Mimi Lana di platform Tonton yang bakal ditayangkan bermula 12 April ini!