Aktor kacak, Syafiq Kyle bersama pilihan hati, Mimi Lana, mendedahkan akan menamatkan zaman bujang selepas Hari Raya Aidilfitri.
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Rancang Nak Kahwin
Artikel Berkaitan: ‘Cukup Jaja Kisah Kahwin, Utamakan Karier Lakonan’ – Syafiq Kyle
Meniti Hari Bahagia
Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkongsi tentang persiapan menuju hari perkahwinannya yang hampir lengkap dan setakat ini segala progress persiapan berjalan dengan lancar.
Bukan nak cakap persiapan sudah 100% siap tapi semuanya dalam keadaan terkawal.
Pelakon yang popular menerusi watak Ustaz Adam dalam drama Nur ini menyatakan dia sudah bersedia untuk menjadi seorang suami serta percaya mereka berdua mampu melayari bahtera perkahwinan dengan keharmonian kasih sayang.
Saya dengan pasangan dah lama kenal. Jadi nak ke fasa seterusnya, saya rasa lebih tersusun dan mampu menguruskan masa dengan baik.
Pengalaman juga banyak membantu kami. Jadi tiada masalah untuk memikul tanggungjawab ini.
Dalam pada itu, aktor berusia 30 tahun ini, kerjaya seninya dan pasangan akan berjalan seperti biasa walaupun sudah mendirikan rumah tangga dan memaklumkan bahawa pihak produksi juga amat memahami jadual kerja mereka.
Sebelum ini, Syafiq mendedahkan dia sedang melakukan persiapan majlis perkahwinannya dan telah menghadiri ke kursus perkahwinan. Perkhabaran majlis merisik mereka diketahui menerusi hantaran yang di muat naik di Instagram (IG) pada 21 Januari lalu.
Sumber: Harian Metro