Gara-gara memiliki tubuh yang dikatakan terlalu kurus, pelakon Mimi Lana sering terkena tempias body shaming daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Badan Disamakan Macam Papan Plywood, Mimi Lana Kena ‘Body Shaming’
Back on track
View this post on Instagram
Terbaru, Mimi, 26, sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik sebuah rakaman video ketika melakukan aktiviti work out di sebuah gimnasium.
Menerusi laman Instagram (IG) miliknya, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin memberitahu dia kembali bersenam selepas tiga bulan ‘cuti’.
Work out bukan nak kurus
Bagaimanapun, ruang komen dipenuhi dengan netizen yang tidak berpuas hati dengan fizikal Mimi.
Namun, ada segelintir wargamaya yang menegaskan work out bukan semata mata untuk kurus tetapi lebih pada kekal fit. Justeru, mereka berharap agar tidak berulang lagi body shaming dan membiarkan pelakon filem Pusaka itu selesa dengan penampilan dirinya.
Sumber: Instagram @missmimilana