
Pelakon, Mimi Lana berkongsi pandangan bahawa golongan wanita perlu memiliki sumber pendapatan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada pasangan atau bakal suami dalam menentukan hala tuju kehidupan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Tak Kahwin Lagi’ – Mimi Lana Kongsi Prinsip Syafiq Kyle, Kini Nikmati Manis Bergelar Isteri
Artikel Berkaitan: Netizen Syak Mimi Lana Beri ‘Hint’ Hamil? Kapsyen ‘Mum & Dad’ Cetus Spekulasi
Cari duit sendiri
Menerusi hantaran di Threads, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, berkata setiap wanita perlu mempunyai keyakinan yang tinggi dan berani memecahkan tembok malu dalam diri selain mencuba sesuatu perkara baharu.
Perempuan, carilah duit sendiri. Pilih jalan hidup sendiri. Bekerja keras. Keraplah mengembara. Jaga kesihatan.
Sayangi ibu bapa. Belilah beg yang diinginkan. Tempahlah tiket penerbangan itu. Cubalah perkara yang menakutkan kamu.
Jangan tangguhkan hidup semata-mata menunggu ‘lelaki yang tepat’. Manusia boleh pergi. Hubungan boleh berakhir. Kawan juga boleh berubah. Tidak semua orang akan gembira melihat kejayaan kamu.
Dalam hantaran sama, Mimi turut mengingatkan wanita supaya membina kehidupan yang stabil agar tidak mudah ‘runtuh’ apabila berdepan kehilangan atau kekecewaan dalam hubungan.
Tambah isteri kepada aktor Syafiq Kyle itu lagi, kebahagiaan dan kebebasan sebenar bermula apabila seseorang belajar menghargai diri sendiri.
Jadi, bina kehidupan yang tidak akan musnah hanya kerana seseorang memilih untuk meninggalkan kamu. Banggakan diri sendiri. Bahagiakan diri sendiri. Bebaskan diri sendiri.
Kerana pada akhirnya, diri kamulah satu-satunya insan yang akan bersama kamu setiap saat sepanjang hidup ini. Jadi, laburlah untuk diri itu.
Sumber: Threads