berita

Min Yasmin Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pramatang Seberat 880 Gram

September 20th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi Min Yasmin meluahkan rasa syukur apabila disahkan hamil. Ujar Min, dia dan suami menanti kehadiran cahaya mata ini sejak 10 tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pramatang, Pasangan Sensasi Indonesia Kongsi Nama Anak – ‘Leslar Gabungan Nama Kami & Bakal Mengandungi Doa Jutaan Orang’

Dilahirkan dalam keadaan pramatang

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, isteri kepada komposer, Julfekar ini memberitahu bahawa dia selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Sabah, pada Hari Malaysia, Sabtu lalu.

Ujar Min atau nama sebenarnya, Nurul Yasmin Abdul Aziz anak lelakinya itu dilahirkan secara pembedahan, pada jam 7.49 malam. Menurut Julfekar, isterinya terpaksa melahirkan cahaya mata sulung mereka lebih awal iaitu pada usia kandungan kira-kira tujuh bulan atau 30 minggu, disebabkan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

Syukur, Min selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Hari Malaysia 16 September lalu pada jam 7.49 malam, Sabtu lalu. Min dikejarkan ke hospital dengan ambulans kerana tekanan darah tingginya yang tak terkawal.

Selepas berbincang dan untuk mengelak keadaan semakin buruk berikutan detak jantung bayi yang mula lemah, Min terus dibedah dengan serta merta.

Sementara itu, Julfekar memaklumkan beliau masih berada di Filipina untuk menyelesaikan beberapa tugasan dan dijangka pulang ke Sabah secepat yang mungkin.

Beberapa hari sebelum Min bersalin, saya sudah terbang ke Filipina. Saya hendak pulang ke Sabah tetapi Min meminta supaya selesaikan tugasan dan berpesan agar tidak terlalu bimbang kerana ibu bapa Min menemaninya.

Meskipun anak mereka dilahirkan dalam keadaan pramatang dengan berat 880 gram, Julfekar tetap bersyukur isteri serta anaknya berada dalam keadaan selamat. Tambah Julfekar, anaknya terpaksa diletakkan dalam inkubator selama dua bulan bagi pemantauan doktor.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×