Pedofilia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan penghidapnya berasa ghairah apabila melihat kanak-kanak. Tambah mengjengkelkan, ada dalam kalangan mereka bertindak berani cuba memanipulasi ibu bapa dan pengasuh demi melampias nafsu syaitan.
Seorang pengasuh mendedahkan mesej yang diterimanya oleh individu tidak dikenali berkenaan sumbangan wang untuk para pengasuh membeli lampin buat anak asuhan. Lebih menjijikan lagi apabila individu tersebut meminta gambar kemaluan kanak-kanak untuk melihat ruam sebelum menasihati pengasuh membeli lampin buat mereka.
Ada pengasuh jaga anak perempuan?
Umi Nasir menerusi laman Facebook miliknya mendedahkan mesej perbualan antara individu yang tidak dikenalinya. Individu berkenaan telah memuatnaik posting ke dalam group Facebook yang diberi nama Khidmat Pengasuh Shah Alam.
Dia bertanyakan kepada pengasuh yang menjaga kebajikan anak perempuan sahaja untuk ditanyakan pengalaman.
Bantuan untuk anak yang ada ruam
Individu yang menyamar sebagai perempuan itu turut menawarkan bantuan lampin kanak-kanak buat para pengasuh. Bukan itu sahaja, dia turut meminta gambar kemaluan kanak-kanak perempuan bagi mengenalpasti sama ada kanak-kanak berkenaan punyai masalah ruam ataupun tidak.
Bagi gambar ruam kemaluan
Individu tersebut sedaya meminta gambar kemaluan anak perempuan dengan alasannya kanak-kanak perempuan sering mengalami masalah ruam di kawasan berkenaan.
Untuk dapatkan bantuan, tak apa
Bagaimanapun, pengasuh ini tidak memberi gambar yang diminta dan menganggap perbuatan berkenaan adalah salah disisi undang-undang setelah mengikuti kursus di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Tambahnya, perbuatan demikian perlu mendapatkan kebenaran dari ibu bapa terlebih dahulu sebelum mana-mana pengasuh berbuat demikian.
Dia sakit pundi kencing dah 2 tahun
Sementara itu, pengasuh ini turut mendedahkan perbualan WhatsApp bersama seorang ibu yang ingin menghantar anak lelakinya berusia 11 tahun. Dia turut menceritakan anak lelakinya itu mengalami masalah pundi kencing di mana anaknya itu dikatakan telah baligh.
Sekarang dia dah baligh
Sperm awak tahu tak?
Sperm tu air mani, tahu kan?
Malah, anak lelakinya itu akan mengeluarkan ‘sperm’ tanpa dijangka. Dia turut menjelaskan dan mengajar pengasuh itu untuk ‘membuang sperm’ anak lelakinya sekiranya sudah penuh. Individu berkenaan turut menanyakan pengasuh ini sama ada pandai ‘membuang sperm’ ataupun tidak.
Sumber: Umi Nasir