Selepas menimbulkan pelbagai kontroversi di media sosial, pelakon dan penyanyi iaitu Nonny Nadirah telah membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram miliknya, semalam.
Artikel berkaitan: Sakan ‘Joget’ Dalam Kereta, Nonny Nadirah Selesa Jadi Diri Sendiri
Artikel berkaitan: Kongsi Video Terbaru Pegang Burung, Nonny Nadirah Dah Tak Kisah ‘Teguran’ Rakan?
Saya rindu semua
Assalamualaikum. Saya rindu semua. Sempena menyambut bulan Ramadan, saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf diatas segala salah dan silap yang terang mahupun yang tersembunyi. Doakan yang terbaik buat saya.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Nonny memberitahu bahawa dia ingin memohon maaf kepada semua pihak diatas segala salah dan silap yang pernah dilakukan olehnya. Tambahnya, dia sangat menyayangi seluruh ahli keluarga, sahabat dan para peminat yang mengikuti perjalanan kariernya.
Hanya Allah saja yang mengetahui
Minta maaf, minta maaf dan minta maaf. Jangan tinggalkan yang fardhu, buatlah yang termampu, Mana yang baik ambil, kerana semua itu datangnya dari Allah. Yang tak baik itu saya.
Ujar Nonny, setiap individu akan melalui fasa ujian yang berlainan. Oleh itu, dia memohon kemaafan daripada semua orang.
Terdahulu, segelintir rakan artis dan netizen mendakwa Nonny tidak kisah mengenai teguran yang diberikan terhadapnya. Bahkan, wanita tersebut tidak memberi sebarang penjelasan mahupun kenyataan berhubung isu berkenaan.
Sumber: Nonny Nadirah