berita

Minum Air Oren Rakan Ketika Berbuka Puasa, Lelaki Ditikam Sampai Mati

March 20th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Berita Harian

Gara-gara meminum air oren milik rakannya ketika berbuka puasa, seorang lelaki maut ditikam dalam satu kejadian di hostel pekerja sebuah kilang di Seksyen 36, Shah Alam pada Selasa.

Maut ditikam sebab minum air oren

Foto: Berita Harian

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung seorang warga Bangladesh, 49, maut ditikam.

Kejadian berpunca daripada suspek marah apabila mangsa meminum air orennya semasa berbuka puasa yang mana suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali dengan menggunakan sebilah pisau yang diambil dari dapur

Susulan daripada itu, suspek yang merupakan warga Pakistan, 51, telah ditahan dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak polis turut merampas pisau yang digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×