berita

Misha Omar Dilantik Menjadi Duta Produk Kecantikan Shiseido

June 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bermula Mac lalu, Misha Omar atau nama sebenarnya Samiha @ Aishah Binti Omar, 30 telah dilantik menjadi duta bagi sebuah produk kecantikan dari Jepun iaitu Shiseido. Bukan senang untuk artis tempatan menjadi duta untuk produk antarabangsa, dan ini membuktikan bahawa Misha Omar mempunyai personaliti dan auranya yang tersendiri.

Merujuk sebuah portal hiburan tempatan iaitu Gua.com, Misha Omar telah melahirkan rasa keterujaannya atas perlantikan beliau sebagai duta bagi produk antarabangsa, Shiseido  dan beliau turut melahirkan perasaan tidak percaya. Selain itu, Misha turut menyatakan bahawa beliau akan cuba menjalankan tanggungjawab dan menggunakan peluang keemasan ini sebaik-baiknya.

Disamping itu, Misha Omar turut mengakui bahawa semenjak perlantikan beliau sebagai duta produk kecantikan Shiseido, beliau telah mula mengambil berat dalam penjagaan kecantikan dan juga kesihatan. Di mana sebelum ini beliau hanya melakukan tiga langkah penjagaan asas kulit sahaja iaitu membersih, melembap dan menyegarkan, tetapi kini beliau mula sedar bahawa penggunaan serum juga penting untuk mengekalkan kecantikan kulit, tambahan pula usia beliau telah menjangkau 30 tahun.

Sempena perlantikan Misha Omar sebagai duta Shiseido, produk kecantikan ini bakal melancarkan Set Pilihan Misha pada bulan Julai nanti. Set ini akan diilhamkan sebagai set untuk promosi Hari Raya, dan ia mengandungi enam produk serta dimuatkan dengan satu cakera padat isimewa yang melampirkan single terbaru dari Misha Omar yang berjudul “Angin Syurga”. Dalam cakera padat ini, ia turut memuatkan satu lagu raya iaitu “Aidilfitri” dan juga lagu lama beliau iaitu “Bunga-Bunga Cinta”. Set ini akan dipasarkan dengan harga RM300 bagi Semenanjung Malaysia, manakala bagi Sabah dan Sarawak ia akan dipasarkan dengan harga RM310.

Jadi, jangan lupa dapatkan produk kecantikan Shiseido ini dipasaran pada bulan Julai nanti.

Sumber : Gua.com

SKIP THIS AD ×