Sekadar gambar hiasan
Mayat seorang lelaki yang berada dalam keadaan terbaring dan mereput ditemui di rumahnya di Taman Permint Perdana, Seberang Takir, Terengganu, pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Anak Pukul Muka Ibu Guna Kunci Stereng Ketika Sedang Nyenyak Tidur
Mayat mereput dalam rumah
Sekadar gambar hiasan
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada jiran yang memaklumkan terhidu bau busuk dari sebuah rumah.
Pihak polis kemudian memeriksa rumah tersebut dan mendapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan terbaring serta sudah mereput.
Mangsa juga tinggal bersendirian di rumah itu selain tidak menemui petunjuk mengaitkan ada unsur jenayah di rumah berkenaan.
Mayat lelaki yang berusia 51 tahun itu kemudian diserahkan ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk hasil bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).
Sumber: Sinar Harian