berita

Mizz Nina Akur Dengan Kejadian Rompakan Tempoh Hari

December 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Gempar baru-baru ini dengan kejadian rompakan yang berlaku kepada Mizz Nina apabila cermin kereta di sebelah kerusi penumpang dipecahkan oleh perompak yang juga telah mengambil beg tangannya. Kes yang sama pernah pernah dialami oleh Julie Woon beberapa bulan lalu.

Apapun, Mizz Nina sempat memberi komen tentang kejadian yang telah menimpanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi kasut wanita Bespoke oleh XALF di Bentley Gallery, Pavilion Kuala Lumpur malam tadi.

Menurut Mizz Nina, kejadian ini memang tidak diduga dan ia sebagai pengajaran kepada dirinya supaya lebih berhati-hati kelak.

“Saya tak mahu komen banyak. Saya rasa terkejut dengan kejadian yang berlaku secara tiba-tiba ini. Saya anggap kejadian yang berlaku ini disebabkan oleh kelalaian saya sendiri. Yang paling penting ia menjadi iktibar kepada saya dan masyarakat luar supaya lebih berhati-hati,” ujarnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Take Over’ ini juga meluahkan rasa syukur kerana tiada sebarang kecederaan dialaminya, hanya cermin kereta pecah dan beg tangan berserta barangan peribadi yang dilarikan oleh perompak.

“Syukur Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Saya tidak kisah kerana perompak hanya dapat melarikan beg tangan yang mengandungi kad kredit, kad pengenalan, lesen, dompet  dan sedikit wang tunai serta barangan lain,” ujarnya sambil tersenyum.

Mizz Nina turut menggesa kepada pemandu, lebih-lebih lagi wanita supaya berhati-hati dengan meletakkan barangan berharga di tempat yang selamat terutamanya jika memandu berseorangan.

SKIP THIS AD ×