Penyanyi dan usahawan, Mizz Nina meraih pujian daripada wargamaya kerana dianggap sebagai selebriti yang bersih daripada sebarang kontroversi.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Ya Allah’ – Mizz Nina Bawa Baby Musa Ke Tanah Suci
Artikel Berkaitan: Mizz Nina & Noh Muat Naik Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Musa
Kagum
Menerusi hantaran di Instagramnya (IG), selebriti berusia 43 tahun ini dikagumi peminat berikutan sikapnya yang langsung tidak membuka isu penceraiannya dengan bekas suami, Noh Salleh yang juga merupakan penyanyi.
Malah, melalui komen yang ditinggalkan pada posting terbabit, pemilik nama Syazrina Azman ini dikatakan sebagai artis yang paling disegani kerana sangat merendah diri selain sangat menjaga aib bekas suami.
Bukan itu sahaja, ruangan komen tersebut juga dipenuhi pujian dan doa serta kata-kata yang baik dari peminatnya yang mengagumi sosok aktivis kemanusiaan yang jelita ini.
Komen-komen
Sumber: officialmizznina