berita

Mizz Nina Ikut Jejak Langkah Ning, Tarik Diri?

September 14th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Semalam, Ning Baizura mengambil langkah yang OHBULAN! kira betul dan terbaik demi menjaga sensitiviti masyarakat. Penyanyi popular ini telah menarik diri dari meneruskan persembahannya bersama satu konsert yang umum tahu melibatkan minuman keras.

Namun hari ini, dilihat Mizz Nina juga mengambil langkah yang sama. Kecewa dengan segelintir pihak yang mengungkit tentang persembahannya bersama sebuah konsert yang melibatkan minuman keras tiga tahun lalu, Mizz Nina di laman Twitternya mengumumkan bahawa dia tidak akan membuat persembahan atas sebab tertentu.

“Souled Out will be releasing the new replacement line up for Arthurs Day today. I will not be performing due to unforseen circumstance,” – dipetik dari laman Twitter, @mizznina1780

Jika benar Mizz Nina yang juga isteri kepada Noh (Hujan) ini telah menarik diri, maka pujian harus diberikan kepadanya.

SKIP THIS AD ×