Penyanyi rap popular MK K-Clique berkongsi detik perkenalan bersama isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin sebelum mereka bergelar suami dan isteri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siapa Peluk MK K-Clique Atas Pelamin? – ‘Muka Isteri Terus Berubah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selesai Akad Nikah, MK K-Clique Hadiahkan Gelang Emas & Bunga Untuk Ibu – ‘Mesti Dia Layan Isteri Bagaikan Bidadari’
Sukar dekati Siti Hajaar
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan membuat kejutan untuk Siti Hajaar dengan membawanya menaiki belon udara panas.
Menurut MK dia jatuh hati dengan kecantikkan Siti Hajaar apabila pertama kali melihat gambar wanita itu di media sosial.
Saya kenal Hajaar dari media sosial. Saya nampak Instagram dia tapi dia ‘private’ selepas itu saya check gambar profil Instagram tapi ketika itu gambar profil belum boleh tengok lagi. Jadi saya tangkap layar dan zoom gambar dia. Lawa!
Pelantun lagu Mimpi ini turut mengakui sukar untuk memikat isterinya dan mengambil masa satu tahun untuk mendekatinya.
Saya ‘try’ dia setahun baru lah kami ke peringkat seterusnya. Susah! Susah sangat. Sombong tapi Alhamdulillah ia adalah perkara yang pada saya perlu ada pada semua orang. Memang patut ada.
Terdahulu, pada 16 Jun lalu MK dan Siti Hajaar selamat dinikahkan di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin.
@pakmatwestern
Sumber: TikTok