berita

[VIDEO] Siapa Peluk MK K-Clique Atas Pelamin? – ‘Muka Isteri Terus Berubah’

June 19th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular baru-baru ini video yang memaparkan seorang individu tiba-tiba sahaja muncul dan memeluk penyanyi rap MK dari kumpulan K-Clique semasa dia dan isteri berada di atas pelamin.

Artikel Berkaitan: Noniswara Gembira Suami Dapat Menantu, Rupanya Isteri MK K-Clique Adalah Anak Tiri

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Kini Milik Siti Hajaar, Serah Mas Kahwin RM302 & Seutas Rantai Emas

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selesai Akad Nikah, MK K-Clique Hadiahkan Gelang Emas & Bunga Untuk Ibu – ‘Mesti Dia Layan Isteri Bagaikan Bidadari’

Tiba-tiba dipeluk & didukung

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dan isteri Siti Hajaar Syeikh Nordin dilihat sedang berada di atas pelamin sambil bersalam-salaman dan bergambar bersama para tetamu.

Tiba-tiba muncul seorang individu memakai jubah dan hijab berwarna merah hati di atas pelamin dan bersalaman lalu bertindak memeluk serta mendukung penyanyi berusia 27 tahun itu.

MK yang panik dan tercengang ketika dipeluk itu bertanya kepada individu berkenaan siapakah gerangannya, manakala kelihatan air muka isterinya juga berubah.

Penyanyi berasal dari Sabah itu kemudian bertindak membuka hijab individu berkenaan lalu terbongkar bahawa dia adalah seorang lelaki. Difahamkan lelaki tersebut adalah adik kepada MK yang bernama Aiman.

‘Terkejut isteri dia’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat situasi tersebut dan sambil berseloroh mereka berkata raut wajah isteri MK berubah kerana terkejut.

Terdahulu, pada 16 Jun MK dan Siti Hajaar selamat dinikahkan di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin.

@wawa.evs

Siapa kah perempuan yg berani peluk MK depan wife dia ni? ? Tapi dia lawa pakai make up @SEMULA BEAUTY

? original sound – Wawa Evs – Wawa Evs

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×