berita

[VIDEO] Selesai Akad Nikah, MK K-Clique Hadiahkan Gelang Emas & Bunga Untuk Ibu – ‘Mesti Dia Layan Isteri Bagaikan Bidadari’

June 17th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Semalam, penyanyi rap popular, MK dari kumpulan K-Clique sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Kini Milik Siti Hajaar, Serah Mas Kahwin RM302 & Seutas Rantai Emas

Artikel Berkaitan: Ahli K-Clique Jadi Dulang Boys Nikah MK, Netizen Hairan Tak Nampak Tuju

Hanya dengan sekali lafaz, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 kepada Siti Hajaar beserta seutas gelang tangan emas. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Majlis yang diadakan di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa pengamal media.

 Gelang emas untuk ibu

Pelbagai momen indah berjaya dirakam dan dikongsikan oleh tetamu yang hadir sehingga menjadi tular di media sosial.

Antara momen yang menjadi perhatian sewaktu majlis pernikahan tersebut adalah sewaktu MK menyantuni ibu dan bapanya sejurus akad nikah selesai.

Bertambah manis lagi, apabila penyanyi kelahiran Sabah itu memberi kejutan dengan menghadiahkan seutas gelang tangan kepada ibunya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok peminatnya, dapat dilihat MK memeluk dan memberikan bunga serta gelang tangan kepada ibunya sebagai kejutan selepas dia bergelar suami.

Reaksi netizen

Perkongsian tersebut sekali gus berjaya menuai pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya memuji tindakan MK.

Malah, ada juga segelintir wargamaya yang menyifatkan MK sebagai anak yang baik kerana sentiasa memuliakan ibu tercinta.

Terdahulu, MK dan Siti Hajaar dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami’il Huda, Ampang, Mahdi Mat Zain dan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin.

Video

@hairiwhuutt3 kasih ibu tiada noktah..bahkan sampai hujung dunia sekali pun ? #mkkclique #sitihajar #hairiwhuut #mkccliquenikah #foryourpage ? original sound – bigboss

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×