berita

Modal Niaga Dah Habis, Anak Tak Boleh Belajar Online. Kisah Ibu Ini Undang Sebak

January 25th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Tidak dinafikan, ramai keluarga terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Secara tidak langsung, banyak kegiatan ekonomi, industri dan pendidikan lumpuh buat seketika waktu.

Seperti kisah seorang ibu kurang berkemampuan yang dikongsikan melalui Twitter Shafiq Fhadly ini. Ibu yang membesarkan tujuh orang anak ini terpaksa tebal muka datang ke rumah Shafiq Fhadly bagi meminta beras untuk dimakan bersama keluarga. Lebih menyedihkan lagi apabila ditanya…

Minta bantuan belikan beras

Dahulunya, seorang ibu yang mempunyai tujuh orang anak ini pernah meniaga roti canai sejuk beku. Disebabkan arahan pembukaan semula sesi persekolahan yang diumumkan baru-baru ini, dia terpaksa menggunakan semua duit modal untuk membeli perbelanjaan harian anak-anaknya. Sehinggakan, dia sudah kehabisan duit modal untuk berniaga semula roti canai tersebut.

Anak nak belajar online pun tak boleh

Meskipun, wang modal perniagaan roti canai sejuk beku hanya RM200 sahaja, itu sudah membuatnya rasa terbeban dan tidak mampu. Ibu dari keluarga ini juga tidak mempunyai telefon bimbit apatah lagi komputer riba untuk anak-anaknya menghadiri kelas secara online.

Disebabkan tidak mampu, kesemua anaknya itu gagal menghadiri kelas online dan ketinggalan subjek pelajaran di sekolah.

Perlu bantu rakyat

Justeru, Shafiq Fhadly memohon agar pihak kerajaan berusaha untuk membantu golongan rakyat yang kesusahan dari sumber kebajikan keperluan rumah dan pelajar-pelajar yang ketinggalan subjek pembelajaran kelas. Sementara itu, Shafiq Fhadly menitipkan pesanan buat semua warga Larut di Perak yang tidak berkemampuan atau terputus bekalan makanan, boleh menghubunginya.

Sumber: Shafiq Fhadly

SKIP THIS AD ×