Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann, 27, meminta doa daripada warganet untuk dirinya yang akan ditidurkan seketika bagi menjalani satu prosedur kesihatan pada hari ini.
Artikel Berkaitan: Pernah Diajak Pura-Pura Bercinta Demi Raih Populariti, Sissy Imann Tak Sanggup Tipu Peminat
Artikel Berkaitan: Sissy Iman Trauma Jatuh Naik Kuda
Ramai rakan artis turut mendoakan
Menerusi perkongsian Sissy di laman Instagram miliknya, Sissy memuat naik satu gambar dengan kata-kata meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan sebelum ini. Jelas Sissy, dia akan ditidurkan buat seketika atas prosedur yang akan dijalani dan meminta orang awam supaya tidak menghubungi ahli keluarganya.
Pada Jumaat yang barakah ini, Sissy nak pohon maaf atas keterlanjutan kata dan perbuatan dari Sissy sendiri. Sissy akan menjalani prosedur dimana memerlukan untuk Sissy ditidurkan seketika. Sissy sangat menghargai jasa baik semua untuk tidak cari dan tanya ahli keluarga Sissy tentang hal ini. Terima kasih.
Sissy Imann bagaimanapun tidak berkongsi prosedur kesihatan yang bakal dilakukan, malah sehingga kini tiada sebarang ‘update’ daripada dirinya mahupun keluarga terdekat.
Sumber: Sissy Imann