Sissy Imann membuat pendedahan pernah diajak untuk pura-pura menjalin hubungan mesra dengan rakan dalam industri demi meraih populariti, namun dia menolak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hubungan Sissy Iman Berantakan Kerana Orang Ketiga? Ini Sebenarnya Yang Terjadi..
Artikel Berkaitan: Sissy Iman Trauma Jatuh Naik Kuda
Tak popular tak apa, janji rezeki tak putus
Jelas penyanyi dan juga pengacara, Sissy Imann, dia tidak mahu meraih populariti mengikut jalan pintas dengan berpura-pura bercinta seperti yang dicadangkan rakannya itu.
Sissy bagaimanapun lebih mementingkan kelangsungan rezeki di dalam dunia seni daripada membuat ‘gosip’ yang tidak benar.
Saya pernah menolak ajakan kenalan di dalam industri untuk pura-pura bercinta demi menaikkan nama masing-masing. Saya tidak sanggup untuk menipu orang demi kepentingan diri sendiri. Cukuplah rezeki tidak pernah putus sepanjang saya dalam bidang seni.
Tambah Sissy, perbuatan tersebut bukan sahaja menipu orang ramai terutamanya peminat, malah juga menipu diri sendiri.
Sumber: Kosmo