berita

Monday Music : CN Blue Lancarkan MV Terbaru, “I’m Sorry”

January 14th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-01-14 at 1.49.00 PM

Demam K-Pop semakin terasa. Esok bakal berlangsung Golden Disk Award 2013 di Sepang International Circuit. Anugerah ini bakal menyaksikan ramai artis K-Pop hadir termasuklah kumpulan CN Blue. (Senarai artis K-Pop ke GDA 2013)

Terbaru dari mereka, kumpulan CN Blue telah melancarkan sebuah muzik video rasmi terbaru mereka dari album mini, ‘Re:Blue‘.

MV berjudul “I’m Sorry” ini telah dikompos sepenuhnya oleh Yonghwa, ketua kumpulan CN Blue dan dibantu oleh ahli CN Blue yang lain, Lee Jong-hyun (lead gitar, vokal), Lee Jung Shin (bass gitar, vokal) serta Kang Min-hyuk (dram, vokal). Album mini ini mengandungi 6 buah lagu termasuklah “Coffee Shop”, “La la la”, dan juga “Where You Are”. Ia merupakan album mini keempat kumpulan CN Blue.

Pasti ada yang sudah lama menanti MV ini kan? Mari tonton muzik video “I’m Sorry” selepas ini.

SKIP THIS AD ×