berita

Monday Music : Parodi “Untuk Dia” Sleeq Ft. Najwa Latiff

February 25th, 2013 | by Ai
Video Popular

Parodi 'Untuk Dia'

 

Sekiranya sebelum ini kita dengar lagu ‘Untuk  Dia’ nyanyian asal Najwa Latiff dan Sleeq menceritakan tentang sepasang kekasih dan perkataan ‘Untuk Dia’ itu sendiri ditujukan kepada seorang individu, namun begitu untuk nyanyian parodi lagu ini, yang dinyanyikan oleh Mr Bie dan Adik C, perkataan ‘Untuk Dia’ tersebut lebih selesa ditujukan kepada Yang Maha Esa.

Menerusi lagu parodi ‘Untuk Dia’ yang telah dimuat naik di laman YouTube sejak 19 Februari lalu, liriknya menyerapkan eleman-eleman ketuhanan dan mengajak pendengar untuk menunaikan solat apabila tiba waktunya. Sebuah dakwah yang kami kira amat sesuai didengari oleh semua lapisan umur.

Setakat ini video tersebut telah mencecah hampir 55, 500 penonton dan ramai yang memuji video ini meskipun visualnya hanya memaparkan lukisan kartun. Hmm..agak menarik juga, jom layan!

SKIP THIS AD ×