berita

‘Tindakan Dungu’ – Da’i Wan Bengang Teguran Tak Diendah Faiz Roslan

May 18th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Trend video parodi lelaki menggayakan pakaian wanita semakin menjadi-jadi. Malah, ada lelaki yang sanggup mengenakan solekan dan menyerupai wanita atas tujuan memparodikan video tersebut. Situasi ini telah membuatkan Da’i Wan Dazrin sekali lagi lantang bersuara menegur beberapa video parodi itu.

Walaubagaimanapun, Da’i Wan Dazrin telah nekad untuk membuat teguran kepada individu berkenaan secara terbuka. Ini tegurannya terhadap video parodi itu dan boleh dijadikan pedoman buat kita semua.

Video parodi #lagishantik

https://www.instagram.com/p/Bi4ReMegFKl/?taken-by=thefaizroslan

‘Saya dah warning jangan buat lagi’

Kamu muncul semula dengan parody ke-2, siap pakai hashtag #NerakaIsBack#MohonKecam.
. .
Saya dah warning jangan buat lagi, kamu buat lagi. Sekarang kamu perlu berhadapan dengan saya lagi. Saya nak beritahu, dengan penulisan saya, ia boleh jadi viral, dan kamu akan rasa kesusahannya nanti. Sebab itu jangan cabar saya menulis lagi untuk kamu. Saya boleh susahkan kamu dengan kuasa viral yang ada pada zaman ni, Faiz.
. .
Now, saya dah tahu. Kamu dan kawan-kawan sama sahaja, tak mahu dengar nasihat, sengaja cari pasal. Sekarang kamu boleh bergembira @thefaizroslan dengan parody yang kamu buat, kamu tak dengar nasihat orang, kamu buat ikut rasa hati, ikut suka kepala kamu sendiri. Sekarang kamu tak nampak kemurkaan Allah lagi, tapi kamu akan nampak kemurkaan manusia pada kamu selepas ini. Tunggu sahajalah.
. .
@thefaizroslan , percayalah. Tiada siapa pun yang suka dengan perbuatan kamu yang sebegini. Kamu nak apa, Faiz? Perhatian? Mengapa kamu nakkan perhatian dengan cara begini sedangkan banyak lagi jalan yang tak menghina diri sendiri. Mengapa kamu sia-siakan waktu kamu dengan kerja seperti ini. Hiburan di dunia ni sekejap sahaja Faiz. Jangan jadikan yang sekejap itu ‘Fast track’ ke Neraka, itu tindakan orang yang dungu, Faiz. 1 lagi, Neraka, jangan sesekali dibuat main, kamu tak kan mampu terbayangkan betapa azab / pedihnya nanti. Terlupakah kamu, yang kamu tak lama hidup didunia, malaikat kiri kanan mencatat semua amalan kamu, buku amalan akan dihisab. Diserah pada tangan kiri habislah semua rasa seronok yang pernah kamu rasa di dunia.
. .
Bahkan hari ini 1 ramadhan. Tergamak kamu cemarkan hari yang suci ini dengan perbuatan parody kamu yang hina. Come on, have common sense a bit. Tak boleh fikir ke ni bulan Ramadhan?.
. .
Kalau kamu tak ‘Delete’, saya tekad akan terus tegur kalian secara terbuka. Saya akan pastikan 1 Malaysia khususnya umat Islam kenal kalian, tahu pasal aib kalian, dan tegur kalian secara terbuka. Sebab kalian sudah pun melakukan kesalahan secara terbuka bahkan dengan sengaja untuk kali ke 2, maka saya dan barisan addu’at yang lain akan pastikan yang kalian terus ditegur sampai kalian tarik semula perbuatan kalian ini.
. .
Take note that.

Semoga teguran Da’i Wan Dazrin dapat dijadikan pengajaran buat kita semua khususnya dalam bulan Ramadhan ini.

Sumber: Da’i Wan

SKIP THIS AD ×