Jika sebelum ini, personaliti media sosial, Khairulaming menerusi satu ciapan di Twitter memberitahu bahawa sebahagian daripada untung hasil jualan ‘Sambal Nyet’ akan didermakan ke dalam tabung amal Palestin.
Artikel berkaitan: Untung Jual Sambal, Khairul Aming Derma RM10k Ke Tabung Amal Palestin
Terbaru, jurusolek terkenal iaitu Mua Bellaz telah menderma sebanyak RM20 ribu kepada Persatuan Cinta Gaza. Perkongsian tersebut dibuat oleh Bella atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini di akaun Instagramnya.
Sumbangan buat saudara di Palestin
Pertama kali, syukur kehadrat ilahi di atas kurniaan rezeki pinjamannya buat saya dan keluarga. Kedua, syukur pada semua yang mana support Bellaz membeli barangan dari @bellazbeautyhq. Tanpa anda tak mungkin Bellaz dapat sumbangkan buat saudara kita di Palestin. Korang banyak sokong Bellaz. Semoga ada pahala sumbangan buat kita semua. Amin. Ya Allah.
Menurut Bella, wang yang diberikan kepada Persatuan Cinta Gaza itu merupakan satu-satunya cara untuk mereka memberikan bantuan kepada seluruh masyarakat di Palestin. Sebagai manusia yang mempunyai perasaan belas kasihan dan simpati dengan apa yang berlaku di Palestin, Bella turut mendoakan agar saudara di Palestin sentiasa dilindungi Allah.
Rata-rata netizen kagum dengan sifat pemurah dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Bella kepada masyarakat di Palestin. Mereka juga berharap, wang yang disumbangkan itu sedikit sebanyak mampu menceriakan anak-anak kecil di Palestin.
Sumber: Mua Bellaz