berita

Untung Jual Sambal, Khairul Aming Derma RM10k Ke Tabung Amal Palestin

May 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Produk ‘Sambal Nyet’ keluaran personaliti media sosial, Khairulaming, ternyata menjadi kegemaran ramai sehingga ada yang sanggup berebut untuk mendapatkannya secara dalam talian. Selain dikenali dengan sambal tersebut, Khairulaming turut berkongsi video resipi makanan yang sedap dan mudah buat kesemua pengikutnya.

Terbaru, Khairulaming menerusi satu ciapan di Twitter memberitahu bahawa sebahagian daripada untung hasil jualan ‘Sambal Nyet’ akan didermakan ke dalam tabung amal Palestin.

Boleh ringankan beban

RM10 ribu daripada jualan sambal yang sebelum ni akan kami dermakan ke tabung Palestin. Diharapkan sedikit sebanyak boleh ringankan beban saudara di sana.

Menurut Khairul Aming, sebanyak RM10 ribu telah didermakan ke akaun Tabung Cinta Gaza Malaysia. Tambahnya, sumbangan yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat membantu saudara Islam di sana. Dalam pada itu, Khairulaming turut mengalu-alukan pengikutnya serta orang ramai untuk menderma mengikut kemampuan masing-masing.

Betul-betul idola

Alhamdulillah, semoga perniagaan Khairul Aming akan terus maju dan maju di masa akan datang supaya lebih ramai ummah yang boleh dibantu. 

Moga segala urusan dan usaha serta rezeki yang ming hulurkan untuk Palestin akan berlipat kali ganda balasanNya Di akhirat nanti dan moga sentiasa di dalam lindungan serta redha Allah.

Kalau nak derma kena tengok dulu mana NGO yang betul-betul hantar bantuan.

Rata-rata netizen memberi pujian buat Khairul Aming kerana menghulurkan bantuan buat Palestin. Pada masa yang sama, mereka berharap perniagaan yang diusahakan itu terus berkembang dan berjaya.

Sumber: Khairulaming

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×