berita

Muat Naik Foto Emma Maembong & Suami Datang Kedai, Netizen Puji Sikap ‘Profesional’ Zizan Razak

November 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pernah menjalin hubungan sebagai kekasih pada suatu masa yang dahulu, nama pelawak, Zizan Razak dan Emma Maembong sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai apabila mereka dilihat berjumpa antara satu sama lain. Meskipun kedua-dua mereka sudah melalui fasa kehidupan baharu, Zizan dan Emma dilihat sangat profesional tatkala berjumpa.

Semua kisah lama

Baru-baru ini, foto yang dimuat naik oleh Zizan di Instagramnya mengundang pelbagai reaksi netizen. Mana taknya, ramai terkejut melihat Emma dan suami dalam sekeping foto bersama Zizan sempena pembukaan restorannya baru-baru ini. Walaupun pelakon, Ummi Nazeera dan suami turut kelihatan, netizen semestinya lebih tertarik dengan kehadiran Emma di situ.

Tengok siapa datang restoran saya. Terima kasih kepada semua yang datang beri sokongan, nanti datang lagi bawa anak cucu semua.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! di ruangan komen, netizen tidak mengecam kedua-dua selebriti tersebut. Bahkan, mereka menitipkan doa yang baik agar Zizan dipertemukan jodoh dengan seorang wanita yang boleh memahami dirinya.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Tahap profesionalisme antara Zizan dan Emma harus dipuji kerana mereka tidak bermusuh dan terus berkawan sehingga ke hari ini. Pada 20 Februari tahun lalu, Emma sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel.

Sumber: Zizan Razak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×