Di Instagram, nama penyanyi, Elyana menjadi bualan hangat selepas dia memuat naik sekeping foto tidak lagi memakai tudung. Tindakan Elyana memuat naik foto tersebut telah mencetuskan pelbagai spekulasi, malah ada yang berdebat dan mempersoalkan punca pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ itu bertindak sedemikian rupa.
Artikel berkaitan: Pembantu Rumah Elyana Lari Sejak Dua Minggu Lalu
Artikel berkaitan: Tak Kisah Digelar Perigi Cari Timba, Elyana Mengaku Berangan Kahwin Awal & Jadi Ibu Pada Usia Muda
Jadi diriku?
Menerusi foto yang dikongsikan, Elyana dilihat memakai baju yang mempunyai tulisan ‘jadi diriku’. Meskipun, tidak memberitahu kenapa dirinya bertindak memuat naik foto berkenaan, rata-rata netizen mendakwa Elyana mahu kembali seperti dahulu. Menerusi pemerhatian OhBulan! Elyana dilihat menutup ruangan komennya.
Beberapa hari lalu, Elyana menempelak segelintir netizen yang menuduhnya menjaja kisah penyakit kanser demi untuk meraih simpati ramai. Berang dan kecewa dengan tuduhan tersebut, Elyana turut menyuarakan hasrat untuk bersemuka dengan individu terbabit.
Elyana juga pernah mengakui bahawa dia penat hidup dalam keadaan berpura-pura kuat seperti yang sering dipaparkan kepada umum selama ini. Katanya, dia bukan seorang insan yang sesuai dijadikan contoh oleh masyarakat terutama dalam berdepan ujian menghadapi penyakit kanser seperti sebelum ini.
Sumber: Elyana