berita

Muat Naik Foto Sedang Menangis Di IG, Bella Hadid Beri ‘Hint’ Hidap Masalah Anxiety – ‘Tolong Ingat Yang Anda Tidak Keseorangan’

November 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja melihat beberapa foto Bella Hadid sedang menangis. Menerusi posting yang dimuat naik, Bella bersetuju dengan kata-kata rakan selebritinya, Willow Smith berhubung masalah kesihatan mental.

Berdepan masalah anxiety

Menurut posting tersebut, Bella seolah memberi bayangan bahawa dia sendiri sedang berdepan dengan masalah ‘anxiety’ sejak beberapa tahun yang lalu sehingga sekarang.

Saya sayang awak dengan kata-kata awak. Ia membuatkan saya berasa tidak keseorangan dan sebab itu saya kongsikan ini. Ada sesuatu istimewa dan unik untuk ditunjukkan. Ini adalah diri saya setiap hari dan setiap malam sepanjang beberapa tahun yang lalu sehingga kini.

Susulan daripada pendedahan tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dan berharap model terkenal itu kuat semangat serta diberikan kesembuhan yang segera.

Jangan ingat anda keseorangan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella ? (@bellahadid)

Berikutan daripada itu, kakak kepada model, Gigi Hadid ini juga memberitahu dia akan sentiasa bersama orang yang mengalami masalah kesihatan sepertinya.

Kepada sesiapa yang berdepan masalah seperti saya, tolong ingat yang anda tidak keseorangan.

Sumber: Bella Hadid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×