berita

Muaz Zabir Kongsi Peribahasa, Netizen ‘Pecah Kepala’ Fikir Maksud – ‘Rebung Tak Miang, Bemban Pula Miang’

April 26th, 2024 | by Alia
Kini Trending

muaz 222

Pada Rabu lalu, seorang wanita yang dikaitkan dengan pelakon, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sekali lagi memuat naik beberapa bukti perbualan yang dipercayai antara aktor itu dengan aktres, Ruhaines.

Artikel Berkaitan: ‘Aliff Aziz Tunjuk 400 Lebih Bukti Gambar, Video, Tiket Penerbangan Bella & Muaz’ – Caprice

Artikel Berkaitan: Dituduh Bercuti Berdua Dengan Muaz Zabir, Ini Penjelasan Pembantu Peribadi Bella Astillah

Terjemahan netizen

muaz

Nama pelakon, Muaz Zabir turut terpalit kerana didakwa menjalin hubungan dengan Bella Astillah.

Meskipun ramai yang tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut namun Muaz dilihat hanya memuat naik peribahasa menerusi Instagram Story (IG).

Bagaimanapun, rata-rata warganet sukar untuk memahami maksud disebalik peribahasa tersebut namun ada segelintir pengguna platform X berjaya mendapatkan maknanya.

Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.

Bagi peribahasa ini, ia dikatakan membawa maksud orang yang suka dipuji tetapi tidak boleh dikritik.

Rebung tak miang, bemban pula miang.

Manakala peribahasa ini pula bermaksud, orang yang berkenaan hanya diam, namun yang tiada kaitan pula campur tangan.

Seperti kera dapat bunga, tetapi keluar pula sungai.

Ia membawa maksud, seorang individu telah mendapat keuntungan di atas sesuatu tapi penyudahnya adalah kerugian.

Tapi jangan risau. Orang banyak berbisik, gajah berlalu.

Bagi peribahasa yang terakhir, warganet mendakwa ia bermaksud apabila sesuatu yang besar berlaku, lama kelamaan akan senyap dari menjadi perhatian.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun itu tidak menyatakan pada siapa peribahasa tersebut ditujukan.

Terdahulu, Sarah mengaku bahawa dia adalah ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Sumber: IG Muaz Zabir & Platform X

SKIP THIS AD ×