berita

Muaz Zabir ‘Kunci Mulut’ Isu Jadi ‘Kambing Hitam’ Bella Astillah, Tidak Mahu Keruhkan Keadaan

April 6th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Muaz Zabir belum bersedia memberi sebarang kenyataan berhubung pendedahan dibuat pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang mendakwa pernah menjalinkan hubungan dengannya demi membuat suaminya, Aliff Aziz cemburu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Mengaku ‘Guna’ Muaz Zabir Masa Aliff Aziz Curang Dengan Dua Wanita – ‘Saya Hanya Nak Buat Suami Cemburu’

Hormat Bella dan semua pihak

Memetik laporan BH Online, wakil pengurusan dinaungi pelakon baharu itu, Alternate Records & Talent yang dikenali sebagai Helmie berkata, juara program Fit For Action itu masih belum bersedia memberikan komen bagi menghormati Bella dan semua pihak yang terbabit.

Setakat ini, Muaz tiada komen. Kami memilih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan demi tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Terdahulu, nama Muaz tiba-tiba mencuri perhatian ramai selepas foto mesra dan tangkap layar perbualannya bersama Bella menjadi viral, baru-baru ini.

Muaz didakwa menjadi kambing hitam’ oleh Bella bagi membuatkan Aliff cemburu selepas rumah tangga dibina berdepan masalah.

Muaz dan Bella dipercayai menjalin hubungan pada Oktober lalu. Pengakuan itu dibuat oleh Bella sendiri dalam sebuah majlis berbuka puasa, minggu lalu.

Sumber: BH Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×