Sejak semalam, timbul dakwaan mengenai Neelofa dan PU Riz bakal menamatkan zaman bujang mereka pada hujung minggu ini. Antara tarikh yang hangat diperkatakan oleh netizen adalah antara 25 hingga 27 Mac ini.
Artikel berkaitan: Betul Ke Neelofa, PU Riz Nikah Hujung Minggu Ini?
Di Instagram, Neelofa memohon doa daripada netizen semoga urusannya dipermudahkan.
Bacakan doa ini untuk saya
Dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah. Doakan saya dalam doa-doa kalian.
Menerusi posting yang dimuat naik oleh Neelofa, dia memohon kepada netizen supaya membacakan ketiga-tiga doa tersebut di dalam setiap doa mereka. Tambah Neelofa, dia berharap semua urusannya dipermudahkan. Di ruangan komen, rata-rata netizen masih membuat dakwaan bahawa urusan yang dimaksudkan oleh Neelofa itu merupakan urusan majlis perkahwinannya yang dipercayai bakal berlangsung hujung minggu ini. Namun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Neelofa mahupun keluarganya mengenai dakwaan tersebut.
Sentiasa doa untuk Neelofa
Always doa untuk you love.
Amin, Tak sabar tunggu hari paling bersejarah buat Neelofa.
Semoga dipermudahkan segala yang dirancang.
Rata-rata rakan artis dan peminat meninggalkan komen bahawa mereka tidak sabar untuk menunggu majlis perkahwinan Neelofa dengan PU Riz. Mereka juga berharap segala yang dirancang oleh Neelofa akan dipermudahkan oleh Allah.
Sumber: Neelofa