berita

Muka Sama Dengan Banduan Lari Penjara, Lelaki Ini ‘Penat’ Kena Tangkap 5 Kali Dalam Masa 3 Hari

December 8th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Seorang lelaki di wilayah Jilin, Utara China, mempunyai nasib yang malang apabila ditangkap lebih lima kali oleh pihak berkuasa walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan. Semuanya gara-gara wajahnya yang dikatakan mirip seorang pelarian penjara!

Artikel berkaitan: [VIDEO] Wajah Pemain Takraw Malaysia Mirip Arwah Abang, Gadis Teringin Nak Bawa Jumpa Mak

Ditangkap 5 kali dalam masa 3 hari

Sekadar gambar hiasan

Menurut laporan Global Times, penjenayah tersebut dikenali sebagai Zhu terlepas daripada penjara 18 Oktober lalu. Namun selepas pihak berkuasa kehabisan masa dan sumber bagi mencari penjenayah tersebut, mereka terpaksa menawarkan ganjaran 150,000 yang kemudianya dinaikkan kepada 700,000 yuan (RM464,000) kepada individu yang memberi maklumat kepada pihak polis.

Susulan daripada itu, akibat ganjaran yang ditawarkan agak lumayan, ia sekali gus menjadikan Zhu sebagai sebagai sasaran berharga. Walau bagaimanapun, mereka tersalah menangkap lelaki daripada wilayah Jilin ini kerana wajahnya bukan sahaja mirip dengan Zhu, malah ekspresi muka dan juga gaya rambut turut sama.

Akhirnya mimpi ngeri lelaki tersebut berakhir apabila Zhu berjaya ditangkap pada 28 November yang lalu. Difahamkan Zhu yang sepatutnya dibebaskan daripada penjara dalam masa dua tahun kini terpaksa menjalani tempoh tahanan tambahan gara-gara melarikan diri daripada penjara.

Sumber: Oddity Central

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×