berita

Polis Buru Lelaki Didakwa Dera Isteri Sampai Mati, Sempat Hantar Mayat Ke Hospital

July 28th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Dera Isteri

Foto: Ihsan Polis

Pihak polis sedang memburu seorang lelaki yang didakwa mendera isterinya sehingga mati sebelum menghantar mayat wanita berkenaan ke hospital.

Artikel Berkaitan: Isteri Jadi ‘Singa’ Lepas Kahwin, Suami Ketakutan Fail Cerai Kerana Trauma

Artikel Berkaitan: ‘Aku Dipukul Masa Hamil, Kepala Dipijak & Perut Ditendang Bekas Suami & Keluarga’

Dipukul objek tumpul

Dera Isteri

Memetik laporan Harian Metro, hasil pemeriksaan daripada pegawai perubatan sebuah pusat perubatan swasta akhirnya membongkarkan perbuatan suspek terhadap isterinya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima laporan insiden itu pada Ahad lalu jam 12.15 tengah malam.

Ketika kejadian, wanita tersebut dihantar ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa dihantar oleh suaminya dan selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, dia menghilangkan diri.

Pemeriksaan awal pegawai perubatan terbabit mendapati terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa. Mayat mangsa kemudian diserahkan ke Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat.

Dalam pada itu, hasil bedah siasat mendapati mangsa berusia 38 tahun itu mengalami kecerderaan dalaman yang serius dan terdapat kesan kecerderaan di seluruh badannya.

Punca kematian mangsa pula adalah kerana dipukul objek tumpul.

Dalam siasatan yang dilakukan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Sungai Long. Namun motif pembunuhan masih dalam siasatan

Susulan itu, polis kini giat mencari suspek iaitu Mohamed Imran Mohamed, 32, yang beralamat terakhir di Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan R Umesh di talian 012-6114900 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×