berita

Muka Terpampang Masa Live Bola, Rakyat Thailand Stalk & ‘Membawang’ Pasal Syed Saddiq

November 15th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Perlawanan bola sepak aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 bagi Kumpulan G di Stadium Nasional Bukit Jalil telah berlangsung dengan kejayaan skuad negara menjaringkan goal 2-1 kepada Thailand. Bukan hanya itu sahaja yang menjadi tumpuan, tetapi kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq di stadium telah menjadi bahan perbualan rakyat Thailand.

Jika sebelum ini Syed Saddiq pernah menjadi bahan bualan di Indonesia dan Malaysia, tapi kali ini Thailand pula mengalih alih stalk menteri paling muda itu.

‘Mesti ada orang fikir seperti saya’

Rata-rata netizen Thailand memuatnaik gambar YB Syed Saddiq menerusi siaran langsung perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 bagi Kumpulan G antara Thailand dan Malaysia. Kehadiran Menteri Belia dan Sukan di Stadium Bukit Jalil itu telah menarik perhatian penyokong Thailand.

Saya tahu mesti akan ada orang yang akan fikir apa yang tengah saya fikirkan.

Syed Saddiq dipuji peminat Thailand

Syed Saddiq turut dipuji rakyat Thailand yang menyifatkan beliau merupakan seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah rakyat terutamanya golongan belia. Beliau juga antara menteri yang paling muda di dalam kabinet pentadbiran Kerajaan baru di Malaysia. Sifat merendah diri Syed Saddiq juga dipuji rakyat Thailand.

Dia ini menteri paling bijak di Malaysia. Dia merupakan Menteri Belia dan Sukan di negara itu. Pernah memenangi beberapa anugerah perdebatan terbaik di luar negara. Yang paling penting, dia sangat merendah diri.

Sering menjadi tumpuan gadis

Penampilan Syed Saddiq kerap dirakam dimana sahaja perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Malaysia. Rata-rata rakyat Thailand turut mengakui ketampanan dan keperibadian yang baik pada Menteri Belia dan Sukan itu.

Kamera sering merakam kehadiran menteri ini. Ini adalah Menteri Belia dan Sukan di negara Malaysia yang berusia baru saja 26 tahun. Dia adalah menteri paling muda di Malaysia. Kacak sungguh!

Mula stalk Instagram

Tidak tamat dengan itu sahaja, mereka turut ‘menyiasat’ biodata Menteri Belia dan Sukan kita ini di laman Instagram. Boleh dikatakan segelintir rakyat Thailand telah ‘jatuh cinta’ kepada Syed Saddiq sehingga sanggup stalk di media sosial pula.

 Tidak boleh kelihatan sebegini

Peminat dari Thailand turut merayu agar Syed Saddiq tidak digalakkan untuk tampil sekacak ini di tempat awam kerana penampilan sedemikian membuatkan mereka ‘jatuh cinta’ dengan dirinya.

Menteri Belia dan Sukan negara Malaysia. Awak tidak boleh hadirkan diri dalam keadaan begini (kacak) tidak boleh ye.

Kacak, tidak seperti menteri di Thailand

Rakyat Thailand turut menyifatkan Syed Saddiq adalah seorang menteri Malaysia yang baik hati. Malah, penampilan dan imejnya itu adalah jauh lebih bergaya berbanding barisan menteri di Thailand.

Menteri Belia dan Sukan negara Malaysia ini seorang yang baik hati. Wajahnya juga jauh lebih handsome berbanding menteri di Thailand.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×