Siapa sangka pertemuan secara tidak sengaja di pusat membeli belah berakhir ke jinjang pelamin. Kisah cinta antara Nur Afilah Amir Rusdi dan pasangannya Adama Mohamed Camara, mendapat perhatian ramai apabila foto perkahwinan mereka mula tersebar di media sosial.
Menerusi Mstar, gadis kelahiran Kedah itu mula mengenali jejaka dari Guinea, Afrika Barat ini semasa sedang menangis di sebuah cafe di salah satu pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Menurutnya, lelaki tersebut datang menghampirinya lalu memujuknya pada waktu itu. So sweet!
Jodoh hadir secara tiba-tiba
Saya terjumpa suami dekat Pavilion. Waktu itu saya sedang menangis sebab ada masalah sikit dengan teman serumah. Saya ni jenis kurang berkawan dengan orang. Kemudian dia tiba-tiba datang dekati saya ketika saya bersendirian. Dia pujuk Fila. Mula-mula rasa takut sebab saya seorang dan takut orang ambil kesempatan.
Tapi bila tengok dia betul-betul ikhlas, saya terharu. Itulah kan kalau dah jodoh Allah akan hadirkan dia datang secara tiba-tiba.
Memiliki ciri idaman
Dia sangat baik hati, penyayang, penyabar dan bijak. Saya tertarik dengan dia sebab ada ciri-ciri lelaki yang sama nak. Dia tak merokok, tak buat benda pelik-pelik, ilmu agama yang tinggi dan amat mementingkan keluarga.
Menurut gadis tersebut, lelaki tersebut mempunyai ciri lelaki idamannya. Kesungguhan lelaki tersebut menambah lagi keyakinan dirinya untuk menerima lelaki itu sebagai suami. Tambahnya, dia turut diajar melakukan umrah semasa dua bulan perkenalan.
Keluarga sporting
Lepas sebulan dua kenal, dia ajak pergi umrah, tapi sebab tak kahwin lagi saya cakap tak boleh. Jadi bermula dari situ kami merancang untuk kahwin. Saya call beritahu mak tapi sebelum itu, saya dah pernah cerita dekat mak pasal suami. Mak cakap kawan elok-elok. Keluarga saya sangat sporting dan supportive.
Biarpun perkenalan mereka begitu singkat, urusan majlis perkahwinan tersebut berjalan lancar dan mendapat restu keluarga.
Bila merancang nak kahwin, saya bawa suami balik kampung. Dia pun terharu dengan layanan mak ayah saya. Kemudian dia tanya ayah saya dia nak kahwin. Ayah cakap selesaikan dokumen semua kahwin secara sah. Ayah sangat memilih dan garang. Kalau ayah setuju, saya percaya dengan pilihan dia.
Tidak kisah komen negatif
Saya tak kisah apa orang nak cakap sebab saya tahu hati budi suami saya. Hanya yang rapat tahu hati budi Adama. Ayah Adama amat mementingkan pelajaran, al-Quran dah hafal dan belajar lima bahasa. Dia juga datang dari keluarga yang baik-baik. Alhamdulillah. Ya Allah, rasa beruntung sangat dapat Adama sebagai suami. Orang kampung pun suka. Apapun doakan saya dan Adama.
Mereka berdua bakal menunaikan umrah dalam masa terdekat dan memohon netizen mendoakan kebahagiaan mereka.
Sumber: Mstar