berita

‘Mulai Jumaat Ini Tiada Lagi Kuarantin Wajib Di Rumah’ – Ismail Sabri

July 21st, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini, viral di media sosial seorang individu yang memakai gelang tangan (wristband) menandakan bahawa individu tersebut wajib dikuarantin di rumah keluar makan di sebuah kedai.

Artikel berkaitan: Rileks Je Makan Walaupun Sedang Dikuarantin, KKM Cari ‘Makcik’ Ini

Hari ini, menerusi satu sidang media khas, Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan bahawa pihak kerajaan telah bersetuju untuk mewajibkan semua rakyat Malaysia dan warga asing yang baru pulang ke Malaysia dikuarantinkan di pusat kuarantin yang telah ditetapkan.

Tiada lagi kurantin di rumah

Oleh itu, mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan PKP telah membuat keputusan iaitu bermula daripada hari jumaat ini iaitu 24 Julai 2020 semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara termasuk warga asing yang dibenarkan bila sampai ke tanah air mereka akan dikuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan.

Mulai jumaat ini tiada lagi kuarantin wajib di rumah.

Menurutnya, bermula jumaat ini sesiapa yang baru tiba ke Malaysia dari luar negara diwajibkan untuk dikuarantin di pusat-pusat kuarantin yang telah ditetapkan. Selain itu, kerajaan tidak lagi membenarkan individu ini untuk kurantin di rumah seperti sebelum ini.

Tanggung kos kuarantin

Mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen-stesen kuarantin. Sama ada di institusi latihan awam atau hotel berdasarkan kos yang dipersetujui sebelum ini.

Tambahnya lagi, mereka yang diwajibkan untuk kuarantin di tempat yang ditetapkan perlu menanggung semua kos kuarantin sepenuhnya. Kerajaan tidak lagi menanggung kos kuarantin seperti sebelum ini.

Sidang media penuh

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×