berita

‘Munafik Bertopengkan Kopiah’ – Baby Shima Dapat DM Lucah Paling Melampau!

February 27th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ini bukan kali pertama penyanyi Baby Shima menjadi mangsa gangguan seksual dengan menerima kiriman mesej berbaur lucah di media sosial.

Artikel Berkaitan: Baby Shima Terima Mesej Lelaki Miang Ajak ‘Main’, Tanya Deposit Untuk 2 Jam

Cepat nikah boleh…

Terbaru, Baby Shima mendedahkan tangkapan skrin (screenshot) direct message (DM) daripada seorang pengikut lelaki yang mengajaknya melakukan perbuatan tidak senonoh. Lebih teruk, lelaki yang memakai kopiah itu turut berbual lucah.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, pelantun suara ‘Kena Kecam Pun Tak Kisah’ ini turut berkongsi nama akaun serta wajah lelaki miang itu.

Berdasarkan mesej yang dihantar, lelaki itu memuji kecantikan Shima dan mengajaknya untuk berkahwin agar segera boleh ‘main’.

Sementara itu, pemilik nama Nor Ashima Ramli memberitahu dia sudah berjumpa dengan ramai orang yang berperangai seperti itu.

Munafik bertopengkan kopiah. Ramai je jumpa orang-orang macam ni.

Sumber: Baby Shima

SKIP THIS AD ×