berita

‘Mungkin Agak Kelakar, Tapi Saya & Farid Dalam Fasa Menyesuaikan Diri’ – Diana Danielle

October 19th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Farid Kamil Diana Danielle

Pelakon jelita Diana Danielle menyatakan dia dan suami yang juga aktor dan pengarah iaitu Farid Kamil dalam fasa menyesuaikan diri selepas kembali bersama.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Farid Mungkin Tak Bertaut Balik, Tapi Tanggungjawab Kami Nak Anak-Anak Rasa Lengkap’ – Diana Danielle

Artikel Berkaitan: Pernah Lalui Situasi Yang Sama, Linda Hashim Gembira Farid & Diana Kembali Rujuk

‘Menyesuaikan diri’

Farid Kamil Diana Danielle

Ketika ditemui OhBulan!, Diana berkata meskipun perkara itu dianggap lucu, namun itu yang berlaku dalam hubungan mereka ketika ini.

Malah, aktres berusia 31 tahun itu berkata, dia dan Farid akan sentiasa memperbaiki kekurangan mereka dan melakukan yang terbaik buat anak-anak.

Mungkin agak kelakar untuk disebut, tapi saya dan Farid dalam fasa menyesuaikan diri, kami berdua memikirkan banyak perkara.

Kami tidak boleh restart semula hubungan itu sebab dah ada anak-anak kan, kami hanya melakukan yang terbaik untuk Muhammad dan Aurora serta perbaiki apa yang perlu dalam hubungan ini.

Dalam masa sama, Diana mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tidak henti memberikan sokongan dan mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.

Terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan yang baik-baik untuk kami.

Terdahulu, Farid mengesahkan dia dan Diana telah kembali rujuk semula pada 31 Ogos lalu selepas 21 hari berpisah.

Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

SKIP THIS AD ×