berita

[VIDEO] ‘Saya & Farid Mungkin Tak Bertaut Balik, Tapi Tanggungjawab Kami Nak Anak-Anak Rasa Lengkap’ – Diana Danielle

October 13th, 2023 | by Alia
Kini Trending

farid dd anak

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mengaku anak-anak menjadi penyebab utama dia dan suami, Farid Kamil mengambil keputusan untuk rujuk semula.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Mula Berbaik Selepas Diana Mempelawa Saya Untuk Breakfast Bersama’ – Farid Kamil

Artikel Berkaitan:Pernah Lalui Situasi Yang Sama, Linda Hashim Gembira Farid & Diana Kembali Rujuk

Demi anak-anak

farid dd anak

Menerusi temu bual di stesen radio Kool 101, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata peranan dia dan Farid sebagai ibu bapa lebih penting jika ingin dibandingkan dengan perasaan mereka.

Bab perkahwinan ini dengan anak-anak bila kita rujuk balik ia melangkaui cinta dan melangkaui perasaan rindu. Ia lebih kepada fikirkan tentang tanggungjawab dan amanah depan mata kita iaitu dua orang anak saya itu.

Jadi saya fikir, bagi saya adakah perpisahan ini akan bawa kebaikan untuk mereka ataupun membawa kemusnahan pada masa depan mereka?

Dalam pada itu, Diana berkata sepanjang tempoh perceraian, dia dan Farid menghadapi satu fasa baharu dalam hidup mereka iaitu untuk memperbaiki diri masing-masing.

Tapi bagi saya, itu yang saya fikir sebab pada mulanya ada beberapa perkara yang membuatkan saya terpaksa mengambil keputusan perpisahan tapi bila kita dah lalui..sebab perpisahan itu berlaku pada bulan Mac dan bulan September berlakunya rujuk.

Jadi saya dengan Farid ada fasa perubahan yang berlaku dan ada banyak masa untuk kami tilik balik, membuatkan saya nampak memperbaiki hubungan itu adalah lebih bagus buat anak-anak daripada berpisah.

Aktres berusia 32 tahun itu turut menjelaskan bahawa keputusan yang diambil bersama Farid adalah untuk memberi kasih sayang yang lengkap kepada anak-anak yang semakin membesar.

Kalau nak cakap pasal saya dengan Farid mungkin tak taut balik sebab hanya diri kita berdua sahaja kan..jadi tak ada sebab yang berat.

Dia bukan pasal ambil hati, bukan hanya kerana cinta, rindu..tanggungjawab dan kita nak rasa lengkap untuk anak-anak sebab anak saya dah 10 dan lapan tahun. Muhammad hanya ada enam ke lapan tahun sahaja untuk fasa remaja dan merasa ada keluarga yang sempurna.

Terdahulu, Farid dan Diana bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos secara atas talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

@kool101my

“Memperbaiki hubungan itu adalah lebih bagus untuk anak-anak daripada kita berpisah. Kalau nak cakap pasal saya dengan Farid, mungkin tak taut balik.” – Diana Danielle @Diana Danielle Catch Up Pagi On Point Close Up bersama Diana Danielle di aplikasi Audio+! #Kool101 #PagiOnPoint #closeup #DianaDanielle #dianadanielle #dianadaniellerujuk #dianadanielleb #dianadanielle? #FaridKamil #faridkamil #faridkamildianadaniell??

? original sound – Kool 101 – Kool 101

Sumber: TikTok Kool 101

SKIP THIS AD ×