
Peguam syarie mewakili pelakon, Uqasha Senrose iaitu Nurfarhana Abd Manaf memaklumkan kes perceraian membabitkan aktres itu dengan suaminya, Kamal Adli akan disambung pada 28 Oktober ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sedang Sakit Tekak, Uqasha Senrose Diamkan Diri Dari Komen Spekulasi Rumah Tangga Bersama Kamal Adli
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Syukur Ibu & Nelydia Jadi Orang Pertama Bantu Urus Hawra Uqaira
Tiada salah faham

Nurfahana berkata, keputusan itu dibuat oleh hakim susulan ketidakhadiran pihak defendan iaitu Kamal pada prosiding pertama yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.
Pihak defendan, Kamal Adli tak hadir tetapi dia diwakili oleh peguam syarie. Jadi, disebabkan ketidakhadiran pihak defendan, kita tak dapat meneruskan kes. Kamal beri alasan ada kerja lain iaitu penggambaran.
Tangguh kepada tarikh yang akan datang iaitu pada 28 Oktober. Pada 28 Oktober nanti akan tahu sama ada pihak defendan setuju atau tidak dengan tuntutan Uqasha.
Saya juga ingin mengesahkan 1 Oktober lalu adalah tarikh permohonan perceraian yang difailkan oleh Uqasha.
Dalam pada itu, ditanya punca anak guamnya menfailkan perceraian, Nurfarhana menjawab tiada lagi persefahaman dalam perkahwinan pasangan tersebut.
Tujuan perceraian alasan biasa, tiada persefahaman. Kalau di bawah Seksyen 47 memang alasan tiada persefahaman. Untuk alasan yang lebih, kita tak boleh nak kupas.
Kita serahkan kepada jodoh. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, mungkin inilah pengakhiran Uqasha.
Imbas kembali, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
