Pelawak dan usahawan, Amir Raja Lawak dihujani dengan pujian oleh warganet kerana keperibadian serta kesungguhannya dalam mencari rezeki.

Artikel Berkaitan: Ayah Sudah Meninggal Dunia, Amir Raja Lawak Sedih Bayaran Tertunggak Masih Belum Terima

Artikel Berkaitan: Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Pada Yang Mendoakan’

Rajin berusaha

View on Threads

Menerusi sebuah hantaran, seorang pengguna Threads mengagumi sifat rajin yang dimiliki oleh Amir malah dirinya juga dilihat tidak bergantung semata-mata kepada populariti.

Menurut individu tersebut, meskipun jenaka yang dibawa mungkin dianggap biasa oleh segelintir pihak, namun sikap Amir yang tidak pernah meraih perhatian dengan kontroversi wajar dipuji.

Mungkin lawak dia biasa-biasa tapi aku hormat dia satu benda, aku tak pernah dengar dia mengemis macam artis lain. Bila sendu mula buat perangai.

Setiap kali Amir ni keluar dalam media sosial, aku sangat pasti mesti sebab dia berniaga ataupun membantu orang lain.

Personaliti Amir

Bukan itu sahaja, Amir dan isterinya juga disifatkan sebagai pasangan yang rajin berusaha, serta mempunyai sikap merendah diri dan beradab dengan pelanggan.

Merata dia berniaga dulu. Aku pernah nampak dia berniaga roti bakar dengan isteri dia.

Sedap, harga pun okay. Dia ini baik, merendah diri, dan ada adab, sama mereka suami dan isteri. Semoga dimurahkan rezeki Amir.

Selain itu, warganet juga senang melihat perkongsian pelawak yang berasal dari Kelantan tersebut di media sosialnya kerana dia banyak menumpukan kepada perniagaan tanpa mengundang isu sensasi.

Dia tak pernah nak viral dengan menangis buat cerita-cerita sedih. Dia selalu ada perancangan untuk cari duit tanpa mengeluh.

Dia tak ada buat konten bodoh atau jual produk atas nama dia. Relaks sahaja berniaga macam manusia biasa.

Sumber: Threads