
Pelakon, Mimi Lana tampil mempertahankan rakan seperjuangannya, Beto Kusyairy selepas ada segelintir pihak menyatakan rasa jemu apabila dirinya sering muncul di skrin.
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Tegur Sikap Penonton Tak Bertanggungjawab Di Pawagam – ‘Tolong Jangan Pentingkan Diri Sendiri’
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Pesan Wanita Harus Pandai Cari Duit, Pergi Travel & ‘Enjoy’ Kehidupan – ‘Jangan Tunggu Lelaki Yang Tepat’
Tak bosan
View on Threads
Pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, berkata dia tidak akan pernah berasa bosan apabila melihat Beto banyak menerima naskhah dan muncul di mana-mana televisyen.
Katanya, dia akan memberi sokongan terhadap karya-karya Beto.
Tidak mengapa saya tak boşan.
Kalau semua cerita dekat Malaysia ni Beto yang belakon, hari-hari saya pergi pawagam dan menonton televisyen.
Respons tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang menganggap kenyataan Mimi sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan kualiti lakonan Beto sepanjang bergelar anak seni.
Sebelum ini, tular satu hantaran berkenaan seorang individu menyatakan bahawa wajah Beto terlalu kerap muncul di skrin sehingga membuatkan segelintir penonton berasa jemu.
Sumber: Threads