
Pelakon Muntazar Ghufran berkongsi bahawa dia berdepan dengan masalah kewangan ketika dalam fasa bertunang dengan aktres, Saidah Kamaruddin sebelum ini.
Artikel Berkaitan: ‘Sakit Sebab Dalam Akaun Bank Ada RM500’ – Muntazar Ghufran
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Niat Untuk Mengaibkan Tapi Pertahankan Diri’ – Saidah Kamaruddin
Sebab ‘trade’

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, personaliti media sosial, Acap S bertanya kepada Muntazar mengenai isu kewangannya yang dikatakan tidak kukuh.
Dalam masa yang sama, Acap menyoal aktor tersebut, sama ada kewangannya terjejas disebabkan aktiviti perniagaan tukar beli matawang (trading) atau tidak.
Betul ke kau ada RM500 je? Aku kenal kau, kau banyak duit.
Sebab trade ke?
Jejas kewangan
Menjawab persoalan Acap, Muntazar atau nama lengkapnya Muhammad Muntazar Ghufran mengakui bahawa dia mengalami masalah kewangan yang berpunca daripada ‘trading’.
Masa tu tahun lepas, kewangan aku teruk.
Betul juga, disebabkan trade aku lost sebenarnya.
Terdahulu, Saidah meluahkan rasa berang terhadap tindakan Muntazar yang didakwa telah menggodam akaun TikTok miliknya.
Saidah kemudiannya mencuri perhatian apabila mendakwa perkahwinannya dengan Muntazar terbatal kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.
Imbas kembali, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan Muntazar pada Mei tahun lalu.
Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun yang sama.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)