Muntazar Ghufran

Pelakon Muntazar Ghufran mengesahkan sudah memutuskan tali pertunangan dengan aktres Saidah Kamarudin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Saidah Kamarudin Kini Tunang Muntazar Ghufran, Perbezaan Umur Jadi Perhatian

Artikel Berkaitan: Hampir Sebulan Bergelar Isteri, Tyra Kamaruzzaman Syukur Kahwini Kawan Baik – ‘Seronok Bila Bangun Tidur, Ada Orang Kita Sayang Di Sebelah’

Putus tunang

Muntazar Ghufran

Menerusi perkongsian di TikTok, Muntazar berkata, mereka telah berpisah pada Oktober tahun lalu.

Ingin maklumkan bahawa saya dan Saidah sudah putus tunang pada bulan 10 (Oktober) yang lalu. Saya menghormati segala pertanyaan supaya tiada lagi yang akan bertanya.

Kongsi Muntazar lagi, mereka berpisah secara baik dan mohon semua pihak mendoakan yang terbaik.

Kami putus dengan keadaan yang baik. Minta semua doakan saya dan Saidah dapat melakukan hal masing-masing dengan baik.

Saya tahu masing-masing dah dewasa, doakan kami berdua terus kuat.

Pada Mei tahun lalu, Muntazar dan Saidah berkongsi berita gembira apabila mengumumkan sudah bertunang.

Majlis pertunangan itu difahamkan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Sumber: TikTok