berita

Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

August 16th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Utusan Malaysia

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan maut dipercayai dipanah petir ketika menggunakan telefon bimbit di rumahnya di Kampung Sungai Raya, Gua Musang, Kelantan pada Isnin (15 Ogos) .

Maut disambar petir

Foto: Kosmo

Mangsa, Nur Asyqin Qistina merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh ibunya, Siti Noraini Rashid di dalam bilik tidurnya. Lebih meruntun hati apabila mendapati terdapat kesan terbakar pada bahagian lengan mangsa. Menurut sumber, insiden tersebut dipercayai berlaku semasa mangsa sedang bercakap menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas dengan rakannya.

Menurut M Nor Zawawi Awang (bapa mangsa,), sebelum kejadian dia berada di surau berdekatan untuk mendirikan solat asar dan ketika itu, dia dikejutkan dengan bunyi dentuman petir yang sangat kuat.

Isteri datang memaklumkan bekalan elektrik di rumah terputus. Saya pulang ke rumah dan memeriksa kerosakan sebelum kembali ke surau. Tidak lama kemudian isteri datang memaklumkan Nur Asyqin Qistina yang merupakan anak keempat daripada lima beradik pengsan di tempat tidur dengan tangan kanannya memegang telefon pintar yang sedang dicas.

Saya melihat tangan kanannya terdapat lecur selain kesam terbakar pada tilam tempat tidurnya.

Zawawi kemudian membawa anaknya itu Klinik Kesihatan Kuala Betis sebelum mangsa disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat sebelum proses pengebumian.

Sumber: Kosmo, Harian Metro

SKIP THIS AD ×