berita

Pemandu Maut Digilis Lori Sendiri

August 12th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pemandu lori berusia 62 tahun dilaporkan maut akibat digilis lorinya sendiri dalam kejadian di pintu keluar sebuah tapak projek di Jalan Sierra 1, Puchong semalam.

Maut digilis lori sendiri

Foto: Kosmo

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, insiden cemas yang menimpa mangsa, Laseman Tuju berpunca apabila lori yang diparkir mangsa secara tiba-tiba mengundur ketika mangsa sedang menutup pintu pagar di tapak pembinaan terbabit.

Selepas melalui pintu keluar tapak projek itu, mangsa telah berhenti dan turun daripada lori jenis Hino dipandunya untuk menutup pintu pagar namun secara tiba-tiba lori tersebut telah berundur ke belakang dan melanggarnya.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa yang tersepit di bawah tayar dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya. Difahamkan, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×