berita

Musa Hassan Sah Bergelar Suami Qistina Lim

September 24th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dipercayai selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita bernama Qistina Lim di sebuah hotel di Shah Alam, semalam.

Artikel Berkaitan: Isteri Musa Hassan Nafi Sebar Video Pertengkaran -‘Saya Pun Terkejut’

Artikel Berkaitan: Isteri Musa Hassan Fail Cerai Sebab Shiqaq

Artikel Berkaitan: Jangan Ada Masuk Campur Masalah Privasi Keluarga – Musa Hassan

Majlis kahwin

Majlis resepsi perkahwinan Musa dikongsi seorang individu dipercayai adiknya, Mohammad Izzat Hassan menerusi Facebook dengan memperlihatkan gambar persandingan, keluarga dan para tetamu yang hadir. Menerusi posting yang dimuat naik, Mohammad Izzat menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada abang sulungnya.

Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim, anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.

Selamat datang kak long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah.

Selain itu, pendakwah selebriti, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar turut membuat siaran langsung di Facebook. Video yang berdurasi 2:18 saat itu menunjukkan kemeriahan majlis tersebut.

Majlis Perkahwinan Tan Sri Musa Hassan & Puan Sri Qistina Lim.

Terdahulu, Musa berpisah dengan isterinya Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, selepas wanita itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.

Permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×